Friday, 30 March 2012

Situasi 20



Situasi 20 : Percampuran Kod

Pada sidang blog yang sebelum ini, saya telah menceritakan tentang penggunaan bahasa Inggeris semasa pembentangan “microteaching” yang diadakan di dalam kelas. Pada hari ini, saya ingin menceritakan khalayak masyarakat yang kebanyakkannya mencampurkan dua bahasa dalam pertuturan. Telah menjadi kelaziman bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dituturkan pada waktu yang sama. Misalnya :

“Nanti datang ke rumah u tonight ok!
Itulah antara perkataan yang biasa disebut-sebut masyarakat kini.

Kadang-kadang perkataan itu sekadar lewah, misalnya :
“Cuba try test dulu”

Sebenarnya, kata “cuba” telah membawa maksud untuk “try” dan “test”. Cume ingin menyedapkan bahasa, ketiga-tiga kata itu digabungkan dalam satu perkataan. Menggunakan kedua-dua bahasa ini tidak menjadi kesalahan sebagai rakyat yang bertutur di bumi Malaysia ini. Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Malaysia. Hanya yang ingin saya tegur di sini adalah cara penggunaan bahasa-bahasa tersebut dalam prinsip bahasa yang berlainan.

Thursday, 29 March 2012

Situasi 19



Situasi 19 : Meeting

Setelah melalui kuliah di sebelah pagi dan petang, sebelah malam pula ada lagi agenda seterusnya iaitu ”meeting”. Meeting ini tidaklah bermakna mesyuarat seperti yang diadakan secara rasmi di pajabat mahupun secara formal seperti mesyuarat sesebuah pengurusan industri tetapi hanyalah sekadar perkataan yang telah menjadi sebutan biasa yang digunakan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi iaitu bermakna perjumpaan untuk sesuatu program atau perbincangan ilmiah sahaja.

Mungkin benar perkataan meeting ini merupakan satu perkataan yang kelihatan mudah dan difahami setelah sering kali digunakan apabila para mahasiswa atau mahasiswi ini ingin membuat perbincangan ilmiah bagi menyiapkan tugasan berkumpulan dalam sesebuah kursus. Tambahan pula, meeting telah menjadi perkataan yang mudah sahaja dikeluarkan dari mulut para mahasiswa dan mahasiswi  untuk menyatakan bahawa mereka tengah sibuk untuk perbincangan yang mungkin merupakan mesyuarat kecil untuk sesebuah program atau hanya sekadar perbincangan ilmiah.

Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa perkataan meeting ini yang merupakan Bahasa Inggeris ini juga telah dianggap sebati dalam diri para mahasiswa yang terlibat dalam sesebuah pengurusan program mahupun perjumpaan bersama ahli kumpulan untuk melaksanakan tugasan bagi memenuhi keperluan kursus.

Situasi 18


Situasi 18 : Maggi Dan Colgate

Barangan yang terdapat di pasaran adalah pelbagai dan mempunyai nama serta jenamanya tersendiri. Nama pada sesuatu barangan biasanya mengikut nama syarikat pengeluar. Namun, dalam masyarakat kita, panggilan nama untuk satu-satu barangan menjadi suatu kebiasaan apabila terdapat jenis barangan yang sama. Contohnya, produk makanan mi segera. Di pasaran, terdapat pelbagai jenis mi segera seperti maggi, mi sedap, indomi dan seumpamanya tetapi masyarakat kita sudah biasa menamakan makanan segera ni dengan panggilan “MAGGI” kepada semua jenis mi segera. Baru-baru ini saya bertelefon dengan rakan saya yang melanjutkan pelajarannya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Serba sedikit mengenai perbualan kami;

...
Saya: ko di sana macam mana?
Rakan: baik-baik saja, tapi duit poket makin kering la.
Saya: iya, sama la,saya pun tak ada duit dah ni sekarang. Tunggu duit masuk dalam bank ja..hehe
Rakan: ehehe..iya la kn..makan maggi sajalah, penting ada isi perut.
...




            Begitu juga halnya dengan ubat gigi, iaitu masyarakat sudah biasa menyebut ubat gigi ‘COLGATE’ walaupun ingin membeli ubat gigi jenis lain seperti safi, darwin dan sebagainya.



Ulasan:

Walaupun perkara ini hanya satu perkara remeh tetapi sangat penting kerana membantu kita untuk membezakan sesuatu barangan. Jika kita membeli barangan tersebut, kita mudah mengenalinya walaupun meminta rakan untuk membelikannya.

Wednesday, 28 March 2012

Situasi 17


Situasi 17 : Di Dekat Di Jauh

Ketika sedang berehat-rehat sebelum ke kelas seterusnya di bilik kuliah Be-Learning, aku dan rakan-rakan yang lain sempat berbual-bual kosong mengenai hari-hari di bumi Tanjong Malim ini. Aku sempat lagi memerhati sekeliling dengan kesibukan para pelajar yang lalu-lalang bekejar-kejaran untuk ke kelas. Sambil memerhatikan gelagat mereka, mataku sempat terbaca satu memo yang ditampal oleh pihak pengurusan. Aku juga sempat mengambil gambar memo tersebut sebagai bahan bukti :




 Apakah yang menjadi persoalannya kali ini?  Ya, jikalau kita perhatikan memang ayatnya sungguh gramatis. Tiada kesalahan ayat di situ. Namun, yang menjadi perhatianku di sini ialah perkataan  "di benarkan". Apa yang menjadi permasalahannya di sini?

Ya, bagi mereka yang tidak tahu. Penggunaan kata sendi "di" apabila bertemu dengan kata kerja/ perbuatan hendaklah didekatkan. Manakala penggunaan kata sendi "di" apabila bertemu dengan kata arah/ tempat hendaklah dipisahkan. Seperti berikut : 





Cantik bukan bahasa kita? Setiap kata mestilah mengikut rumusnya. Seperti juga kita membaca ayat suci Al-Quran, setiap kalimah ada baris bacaannya. Oleh itu, marilah kita sama-sama menegur mana yang betul dan mana yang salah. Sesungguhnya setiap dari kita adalah bersaudara. 

Monday, 26 March 2012

Situasi 16


Situasi 16 : Transkripsi Fonetik

Transkripsi ialah penulisan dalam bentuk lambang-lambang fonetik daripada lambang-lambang tulisan huruf-huruf biasa. Transkripsi juga menurunkan lambang-lambang bunyi sebutan ke dalam bentuk lambang-lambang fonetik yang setepat mungkin mengikut sebutan sebenar penutur satu-satu bahasa. Dalam transkripsi fonetik, satu lambang digunakan untuk mewakili satu bunyi yang diucapkan. Terdapat dua jenis transkripsi, iaitu transkripsi fonetik dan transkripsi fonemik.

Transkripsi Dialek Kelantan
Bahasa Melayu
[#m0?tε#]
‘Rambutan’
[#ɔyaʔ#]
‘ Cakap’
[#dɔʔ#]
‘Tidak’
[#lopa?#]
‘Lompat’
[#kuba#]
‘Kerbau’

Saturday, 24 March 2012

Situasi 15




Situasi 15 : Maaf

Semasa saya dan beberapa orang rakan yang lain sedang makan di kafe Bitara Siswa ada la seorang pelajar duduk di meja sebelah kami padahal atas kerusi dekat meja tersebut terdapat beg beberapa orang pelajar yang terlebih dahulu menempah untuk duduk di meja tersebut dan mungkin pelajar itu tidak perasan. Kemudian pemilik-pemilik beg yang ada kat meja itu pun sampai dan dia berkata kepada pelajar yang berada di meja tersebut:
Pelajar A: mintak maaf awak ni tempat kami, kami dah letak beg dah tadi.
Pelajar B: oh ya ka, mintak maaf la saya tak perasan pulak. Maaf ye.
Pelajar A: ok tak apa

Di sini saya ingin menekankan bahawa jika kita melakukan kesalahan kita mestilah segera memohon maaf dan mungkin kesalahan yang kita lakukan itu tidak disedari oleh kita. Jika kesalahan kita itu ditegur oleh orang lain kita janganlah malu-malu untuk memohon maaf.

Friday, 23 March 2012

Situasi 14




Situasi 14 : Terima Kasih

Arus kemodenan pada masa kini banyak merubah cara hidup masyarakat kita. Amalan berterima kasih agak sukar diucapkan jika menerima sesuatu barang ataupun pertolongan daripada seseorang. Bukti yang dapat dilihat ialah melalui sikap segelintir pelajar yang tidak berterima kasih kepada pemandu bas. Hal ini mungkin berlaku kerana pelajar beranggapan bahawa amalan berterima kasih merupakan satu amalan yang membosankan kerana menaiki bas yang sama berulang-ulang kali. Namun, sebagai masyarakat yang berbudi bahasa, amalan berterima kasih perlu diamalkan agar kehidupan akan menjadi lebih harmoni. Tidak berat untuk mengucapkan ucapan itu kerana hanya dituturkan dan tidak perlu di bayar.

Thursday, 22 March 2012

Situasi 13




Situasi 13 : Pendingin Hawa

Kesalahan hukum DM sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan pengguna bahasa Melayu. Hukum D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur penerang pula hadir pada kedudukan kedua. Salah satu kesalahan hukum DM yang dianggap betul adalah penghawa dingin yang sebenarnya adalah pendingin hawa. Kebanyakan daripada kita menganggap bahawa penghawa dingin itu adalah yang betulnya. Kerana hawa itu merupakan unsur menerang bagi pendingin iaitu sejenis alat. Oleh itu, perkataan pendingin mestilah berada di hadapan.
Perkara  seperti ini jika terus-terusan dibiarkan tanpa membetulkannya orang ramai akan menganggap benda yang salah itu sebenarnya betul. ini kerana orang ramai masih tidak peka terhadap penggunaan bahasa Melayu itu sendiri. Contohnya jika kanak-kanak mendengar orang dewasa menyebut pendingin hawa itu sebagai penghawa dingin, tidak hairanlah suatu hari nanti mereka akan terus menganggap perkara tersebut adalah betul. Melalui akhbar Kosmo yang bertarikh juga saya dapat mengesan penggunaan perkataan penghawa dingin ini:
         
Kerajaan Jepun meminta penduduk yang tinggal dalam lingkungan 32 kilometer dari loji nuclear. Fukushima supaya tinggal di dalam rumah, menutup semua tingkap dan berhenti menggunakan penghawa dingin sebagai langkah keselamatan.
Melalui petikan akhbar ini saya dapat lihat bahawa penggunaan perkataan penghawa dingin telah digunakan secara meluas berbanding perkataan pendingin hawa. Perkara seperti ini berlaku kerana kebanyakan masyarakat menganggap penggunaan perkataan penghawa dingin itu adalah yang sebetulnya. Antara kesalahan lain yang melibatkan kesalahan hukum DM adalah seperti:
Salah
Betul

Cili sos
Mini perpustakaan
Zaleha Restoran
Jaya Klinik

Sos cili
Perpustakaan mini
Restoran Zaleha
Klinik Jaya

Wednesday, 21 March 2012

Situasi 12




Situasi 12 : Setia Bahasa

Dewasa ini, golongan remaja lebih suka mendengar lagu berbahasa Inggeris yang dinyanyikan oleh Justin Bieber berbanding dengan lagu-lagu berbahasa Melayu. Contoh terdekat ialah rakan sebilik saya. Hampir setiap hari dia mendengar lagu-lagu Inggeris.
Saya : Oit, ko tak boring ke hari – hari   dengar lagu orang puteh?
Kawan : Ish ko ni, lagu ni la best…lagu melayu ketinggalan zaman la, ni dah masuk zaman teknologi laa…
Inilah salah satu contoh bahawa masyarakat Melayu kita khususnya golongan remaja telah menganggap penggunaan bahas Inggeris sangat penting dalam dunia tanpa sempadan yang dilengkapi dengan kemajuan teknologi yang pesat. Hal ini sebenarnya tidak melambangkan mereka sebagai orang Malaysia terutamanya berketurunan Melayu. Sepatutnya kita sebagai golongan remaja perlulah sedar akan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Sekiranya terdapat ramai individu yang bersikap seperti ini, kemungkinan suatu hari nanti bahasa Melayu tidak akan digunakan lagi.

Monday, 19 March 2012

Situasi 11






Situasi 11 : Senyum dan Mesra

Pada satu hari, saya telah membeli tiket untuk menaiki LRT menuju ke rumah mak cik saya. Semasa membeli tiket, saya berurusan di kaunter pembelian. Apa yang menyedihkan saya, penjaga kaunter tersebut langsung tidak mempunyai nilai etika kerja yang cemerlang kerana bertindak kasar dari segi percakapan dan perbuatan. Perbuatan orang tersebut telah membuat orang lain berasa sakit hati dan memandang serong dengan perkhidmatan yang diberikan. Sebagai seorang pekerja yang berhadapan dengan masyarakat, sepatutnya kita mestilah mempamerkan muka yang manis dan berbudi bahasa supaya pelanggan akan berasa senang dan hormat. Oleh yang demikian, jika kita tidak menunjukkan moral yang baik kepada masyarakat, kita tidak akan dapat maju kehadapan.

Friday, 16 March 2012

Situasi 10







Situasi 10 : Be Mine

Bermula di Facebook
You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu
You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang
Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja

c/o :
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You're my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever

Lagu : Tasha Manshahar
Lirik : Tasha Manshahar

Situasi 9


Situasi 9 : Ok

Penulisan kali ini bertujuan membincangkan penggunaan 'ok' dalam kalangan pelajar UPSI sendiri terutamanya pelajar program Pendidikan Bahasa Melayu. Baru-baru ini kami telah menjalani pengajaran mikro bagi kursus KPD3026. Setiap guru pelatih yang menjalankan pengajaran mikro sentiasa mengeluarkan perkataan 'ok' sepanjang proses pengajaran. Terdapat juga sesetengahnya yang menggunakan 'ok' ketika di saat permulaan pengajaran lagi. Hal ini membuktikan bahawa pengaruh 'ok' amat menebal dalam kalangan rakyat Malaysia termasuklah dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi sendiri. Penggunaan 'ok' telah menjadi kelaziman dalam kalangan rakyat Malaysia seterusnya mendorong kepada peluasan penggunaannya sehingga ke tahap universiti.

Kita seharusnya peka dan cuba berwaspada malah perlu mengubah secara sedikit demi sedikit penggunaan 'ok' dalam komunikasi seharian kita. Penggunaan 'ok' boleh digantikan dengan 'baiklah' atau seumpamanya yang difikirkan sesuai. Sekiranya kita gagal untuk mmbendung atau mengawal dan seterusnya menghapuskan pengaruh 'ok' dalam proses kita berbahasa maka, penggunaan Bahasa Melayu Baku yang sempurna tidak dapat dicapai. Sebagai seorang bakal guru, saya ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia terutamanya rakan-rakan seperjuangan supaya mengurangkan penggunaan 'ok' dalam proses kita berbahasa terutamanya apabila kita mengajar di sekolah kelak. Hal ini demikian kerana, didikan yang betul di sekolah akan melahirkan insan yang mampu mengamalkan penggunaan Bahasa melayu Baku dengan baik. Sekolah merupakan institusi yang menjadi akar umbi kepada pembentukan insan yang baik dan seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sehubungan dengan itu, perkara ini seharusnya dipandang serius untuk mendidik para generasi muda, bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".

Wednesday, 14 March 2012

Situasi 8






Situasi 8 : Bas

Wahai rakyat Malaysia sekalian,apa gunanya kempen Budi Bahasa Budaya Kita jika kita masih lagi tidak berbudi dalam berbahasa. Situasi ini terjadi di dalam bas semasa menunggu pelajar lain naik ke dalam bas selepas pulang dari Pasar Malam Pekan Tg Malim. Oleh kerana saya duduk di barisan paling hadapan dalam bas,maka saya dapat mendengar dengan jelas komunikasi antara pelajar dan pemandu bas tersebut. Situasi ini terjadi apabila pelajar tersebut menaiki bas sambil membawa air yang dibeli di pasar malam dan bertanya kepada pemandu tersebut.

Pelajar   : Pakcik,bas ni pergi kampus tak?

Pemandu Bas  : Aiyo..hari-hari da naik bas,takkan tak tahu.Soalan macam tu tak payah tanya.Penat la nak menjawab.Ha!kan da banyak kali pesan,tak paham-paham lagi ke? (pelajar itu terpinga-pinga)
Kan da cakap jangan minum dalam bas.Pergi turun!Habiskan air tu dulu sebelum naik bas.

(Pelajar itu terus turun dari bas berkenaan)

Ulasan :

'Budi Bahasa Budaya Kita'.Ungkapan tersebut amat berbeza dengan budi dalam berbahasa seperti yang ditunjukkan dalam situasi dia atas. Nada dan bahasa yang digunakan oleh pemandu bas tersebut tidak bersesuaian dalam menjawab pertanyaan dan menegur kesalahan yang dilakukan oleh pelajar tersebut. Kata pepatah 'orang berbudi kita berbahasa', 'anda sopan saya segan' tetapi kesopanan pelajar tersebut ketika bertanya kepada pemandu bas tersebut telah dijawab dengan kasar dan bahasa yang digunakan juga agak kurang sopan. Pemandu bas tersebut mungkin telah menyebabkan pelajar tersebut malu dan rasa terhina dengan tamparan kata-katanya.Dalam situasi ini, tidak menjadi satu kesalahan jika pemandu bas tersebut menjawab pertanyaan pelajar tersebut dengan nada dan bahasa yang bersopan santun. Jika cara teguran pemandu bas itu lebih berhemah, mungkin pelajar tersebut tidak tersentak dengan teguran tersebut. Oleh itu, belajarlah untuk lebih berbudi bahasa dalam berkomunikasi.

Tuesday, 13 March 2012

Situasi 7







Situasi 7 : Mee Sedaap

Sewaktu sedang memasak mi segera, saya terpandang ejaan di pembalut makanan tersebut yang menulis “mee sedaap”. Saya terfikir terdapat kesalahan ejaan dalam perkataan tersebut

Ulasan :
Apakah rasional ejaan 'sedaap' tersebut? Adakah jika dieja dengan ejaan sedap, mi tersebut akan kurang rasa sedapnya? Walaupun mi tersebut keluaran syarikat Indonesia, tetapi seharusnya ejaannya dieja dengan baik kerana Indonesia sendiri pun menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangasaan mereka. Jadi, wajar bagi pihak pengeluar mi segera ini menggunakan bahasa Melayu dengan baik agar usaha memantapkan penggunaan bahasa Melayu dapat dijalankan dengan sempurna. 

Monday, 12 March 2012

Situasi 6






Situasi 6 : Cekelat

Memandangkan saya merupakan anak jati Kelantan, sekali lagi kita akan menelusuri kesalahan bahasa dialek Kelantan. Jika ditanya pada orang-orang tua di Kelantan maksud gula-gula, pasti ramai di antara mereka tidak mengetahui maksudnya. Hal yang demikian kerana tiada istilah tersebut dalam dialek Kelantan.

Dialek Kelantan mengistilahkan semua jenis gula-gula kepada "cekelat". Jikalau coklat sememangnya dipanggil coklat. Masalahnya disini ialah tiada istilah yang dapat membezakan di antara gula-gula dan coklat. Jadi, ingatlah rakan-rakan, sekiranya anda berkunjung ke Kelantan, jangan terkejut sekiranya gula-gula Lot 100 kegemaran anda juga dipanggil "cekelat".

Friday, 9 March 2012

Situasi 5



Situasi 5 : Kakak

Kita tentu sekali sering berurusan menggunakan kaunter sama ada di bank, pejabat pos, dan sebagainya. Ramai yang tidak sedar penggunaan kata sapaan sewaktu berurusan di kaunter – kaunter tersebut. Mereka sering menggunakan kata sapaan kakak ataupun abang sewaktu berurusan di kaunter. Hal seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana kita seharusnya mengetahui kata sapaan yang sesuai seperti Encik, Cik, Puan dan Tuan. Lebih sedap didengar dan lebih menghormati orang yang kita tidak tahu status yang dimilikinya.

Berhati-hatilah ketika menggunakan panggilan sapaan supaya yang mendengar tidak berkecil hati dengan kita. Hormatilah orang lain. Sistem sapaan atau panggilan melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.  

Ulasan :
Panggilan sapaan perlu dititik beratkan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Hari ini, panggilan sapaan sudah tidak digunakan dengan betul dan masyarakat sudah tidak tahu untuk menggunakan panggilan sapaan tersebut. Perkara ini terjadi akibat daripada kurangnya ilmu dan hilangnya kesantunan berbahasa masyarakat pada hari ini.

Thursday, 8 March 2012

Situasi 4


Situasi 4 : Kasut Selipar...Selipar Kasut

Entri yang lepas saya ada menceritakan mengenai perbezaan dialek antara saya dan rakan – rakan. Sekarang saya akan menceritakan pula tentang kawan saya yang menggunakan dialek utara. Peristiwa ini pernah terjadi pada suatu hari :

Mira : Lin pinjam kasut sat..
Saya : Ambik la…
Mira : Yang mana satu…? Biru ke…?
Saya : Aik.. Ore mana ada kasut biru…
Mira : Nie yang kat luar nie sape punya..
Saya : Kasut mane…( keluar untuk melihat )… la selipar jepun ke..
Mira : Ye la org sebut kasut..

Setiap negeri mempunyai dialeknya yang tersendiri begitu juga dengan Pulau Pinang. Masyarakat di Pulau Pinang menggunakan istilah kasut untuk selipar. Menurut bahasa Melayu yang sebenar, istilah tersebut dianggap salah. Tetapi, memandangkan istilah itu  merupakan dialek, perkataan tersebut dapat diterima dan mempunyai makna daripada segi leksikografinya. 


Wednesday, 7 March 2012

Situasi 3




Situasi 3 : Percampuran Dialek

Kawan baik sangat diperlukan dalam mengharungi cabaran sebagai seorang mahasiswa. Hidup berseorangan tanpa kawan disekelilingi merupakan sesuatu yang membosankan untuk saya. Oleh itu saya mempunyai beberapa orang kawan yang tinggal di kolej kediaman yang sama dengan saya. Mereka ialah Ruza, Izzati, Mira, dan Qillah. Ruza dan Izzati berasal dari negeri yang sama dengan saya iaitu Kelantan, manakala Mira berasal dari Pulau Pinang dan Qillah berasal dari Johor.

Apabila bercakap kami akan menggunakan dialek masing – masing iaitu saya dan dua orang lagi rakan akan menggunakan dialek Kelantan manakala Mira akan menggunakan dialek Utara dan Qillah yang berasal dari Johor tentu sekali akan menggunakan bahasa baku sebagai bahasa pertuturan.

Walaupun menggunakan dialek yang berbeza tapi kami masih dapat berkomunikasi dengan baik cuma kadang kala Qillah sukar untuk memahami dialek kami. Mira dapat memahami dialek kami kerana dialek Utara dan Kelantan hampir sama cuma terdapat sesetengah perkataan yang berbeza dan jika perkataan tersebut tidak difahami dia akan terus bertanya maksud perkataan tersebut.

Perbezaan dialek yang wujud antara kami semua menyebabkan kami menjadi semakin rapat dan sering berkongsi suka duka bersama. Kami sangat rapat hinggakan mana-mana anggota SUKSIS yang mencari kami hanya perlu menghubungi salah seorang dari kami sahaja.