Situasi 7 : Mee Sedaap
Sewaktu sedang memasak mi segera, saya terpandang ejaan di
pembalut makanan tersebut yang menulis “mee sedaap”. Saya terfikir terdapat
kesalahan ejaan dalam perkataan tersebut
Ulasan :
Apakah
rasional ejaan 'sedaap' tersebut? Adakah jika dieja dengan ejaan sedap, mi
tersebut akan kurang rasa sedapnya? Walaupun mi tersebut keluaran syarikat
Indonesia, tetapi seharusnya ejaannya dieja dengan baik kerana Indonesia
sendiri pun menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangasaan mereka. Jadi,
wajar bagi pihak pengeluar mi segera ini menggunakan bahasa Melayu dengan baik
agar usaha memantapkan penggunaan bahasa Melayu dapat dijalankan dengan
sempurna.
No comments:
Post a Comment