Wednesday, 14 March 2012

Situasi 8






Situasi 8 : Bas

Wahai rakyat Malaysia sekalian,apa gunanya kempen Budi Bahasa Budaya Kita jika kita masih lagi tidak berbudi dalam berbahasa. Situasi ini terjadi di dalam bas semasa menunggu pelajar lain naik ke dalam bas selepas pulang dari Pasar Malam Pekan Tg Malim. Oleh kerana saya duduk di barisan paling hadapan dalam bas,maka saya dapat mendengar dengan jelas komunikasi antara pelajar dan pemandu bas tersebut. Situasi ini terjadi apabila pelajar tersebut menaiki bas sambil membawa air yang dibeli di pasar malam dan bertanya kepada pemandu tersebut.

Pelajar   : Pakcik,bas ni pergi kampus tak?

Pemandu Bas  : Aiyo..hari-hari da naik bas,takkan tak tahu.Soalan macam tu tak payah tanya.Penat la nak menjawab.Ha!kan da banyak kali pesan,tak paham-paham lagi ke? (pelajar itu terpinga-pinga)
Kan da cakap jangan minum dalam bas.Pergi turun!Habiskan air tu dulu sebelum naik bas.

(Pelajar itu terus turun dari bas berkenaan)

Ulasan :

'Budi Bahasa Budaya Kita'.Ungkapan tersebut amat berbeza dengan budi dalam berbahasa seperti yang ditunjukkan dalam situasi dia atas. Nada dan bahasa yang digunakan oleh pemandu bas tersebut tidak bersesuaian dalam menjawab pertanyaan dan menegur kesalahan yang dilakukan oleh pelajar tersebut. Kata pepatah 'orang berbudi kita berbahasa', 'anda sopan saya segan' tetapi kesopanan pelajar tersebut ketika bertanya kepada pemandu bas tersebut telah dijawab dengan kasar dan bahasa yang digunakan juga agak kurang sopan. Pemandu bas tersebut mungkin telah menyebabkan pelajar tersebut malu dan rasa terhina dengan tamparan kata-katanya.Dalam situasi ini, tidak menjadi satu kesalahan jika pemandu bas tersebut menjawab pertanyaan pelajar tersebut dengan nada dan bahasa yang bersopan santun. Jika cara teguran pemandu bas itu lebih berhemah, mungkin pelajar tersebut tidak tersentak dengan teguran tersebut. Oleh itu, belajarlah untuk lebih berbudi bahasa dalam berkomunikasi.

No comments:

Post a Comment