Situasi
9 : Ok
Penulisan kali ini bertujuan
membincangkan penggunaan 'ok' dalam kalangan pelajar UPSI sendiri terutamanya
pelajar program Pendidikan Bahasa Melayu. Baru-baru ini kami telah menjalani
pengajaran mikro bagi kursus KPD3026. Setiap guru pelatih yang menjalankan
pengajaran mikro sentiasa mengeluarkan perkataan 'ok' sepanjang proses
pengajaran. Terdapat juga sesetengahnya yang menggunakan 'ok' ketika di saat
permulaan pengajaran lagi. Hal ini membuktikan bahawa pengaruh 'ok' amat
menebal dalam kalangan rakyat Malaysia termasuklah dalam kalangan mahasiswa dan
mahasiswi sendiri. Penggunaan 'ok' telah menjadi kelaziman dalam kalangan
rakyat Malaysia seterusnya mendorong kepada peluasan penggunaannya sehingga ke
tahap universiti.
Kita seharusnya peka dan cuba berwaspada
malah perlu mengubah secara sedikit demi sedikit penggunaan 'ok' dalam
komunikasi seharian kita. Penggunaan 'ok' boleh digantikan dengan 'baiklah'
atau seumpamanya yang difikirkan sesuai. Sekiranya kita gagal untuk mmbendung
atau mengawal dan seterusnya menghapuskan pengaruh 'ok' dalam proses kita
berbahasa maka, penggunaan Bahasa Melayu Baku yang sempurna tidak dapat
dicapai. Sebagai seorang bakal guru, saya ingin berpesan kepada semua rakyat
Malaysia terutamanya rakan-rakan seperjuangan supaya mengurangkan penggunaan
'ok' dalam proses kita berbahasa terutamanya apabila kita mengajar di sekolah
kelak. Hal ini demikian kerana, didikan yang betul di sekolah akan melahirkan
insan yang mampu mengamalkan penggunaan Bahasa melayu Baku dengan baik. Sekolah
merupakan institusi yang menjadi akar umbi kepada pembentukan insan yang baik
dan seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sehubungan
dengan itu, perkara ini seharusnya dipandang serius untuk mendidik para
generasi muda, bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari
rebungnya".
No comments:
Post a Comment