Monday, 12 March 2012

Situasi 6






Situasi 6 : Cekelat

Memandangkan saya merupakan anak jati Kelantan, sekali lagi kita akan menelusuri kesalahan bahasa dialek Kelantan. Jika ditanya pada orang-orang tua di Kelantan maksud gula-gula, pasti ramai di antara mereka tidak mengetahui maksudnya. Hal yang demikian kerana tiada istilah tersebut dalam dialek Kelantan.

Dialek Kelantan mengistilahkan semua jenis gula-gula kepada "cekelat". Jikalau coklat sememangnya dipanggil coklat. Masalahnya disini ialah tiada istilah yang dapat membezakan di antara gula-gula dan coklat. Jadi, ingatlah rakan-rakan, sekiranya anda berkunjung ke Kelantan, jangan terkejut sekiranya gula-gula Lot 100 kegemaran anda juga dipanggil "cekelat".

No comments:

Post a Comment