Situasi 5 : Kakak
Kita tentu sekali
sering berurusan menggunakan kaunter sama ada di bank, pejabat pos, dan
sebagainya. Ramai yang tidak sedar penggunaan kata sapaan sewaktu berurusan di
kaunter – kaunter tersebut. Mereka sering menggunakan kata sapaan kakak ataupun
abang sewaktu berurusan di kaunter. Hal seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana
kita seharusnya mengetahui kata sapaan yang sesuai seperti Encik, Cik, Puan dan
Tuan. Lebih sedap didengar dan lebih menghormati orang yang kita tidak tahu
status yang dimilikinya.
Berhati-hatilah
ketika menggunakan panggilan sapaan supaya yang mendengar tidak berkecil hati
dengan kita. Hormatilah orang lain. Sistem sapaan atau panggilan melibatkan
penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Penggunaan kosa kata
dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat,
umur, dan keakraban hubungan.
Ulasan :
Panggilan sapaan perlu dititik beratkan dalam kalangan masyarakat
Malaysia.
Hari ini, panggilan sapaan sudah tidak digunakan dengan betul dan masyarakat sudah tidak tahu untuk menggunakan panggilan sapaan tersebut. Perkara ini terjadi akibat daripada kurangnya ilmu dan hilangnya kesantunan berbahasa masyarakat pada hari ini.

No comments:
Post a Comment