Situasi 4 : Kasut Selipar...Selipar Kasut
Entri yang lepas saya
ada menceritakan mengenai perbezaan dialek antara saya dan rakan – rakan.
Sekarang saya akan menceritakan pula tentang kawan saya yang menggunakan dialek
utara. Peristiwa ini pernah terjadi pada suatu hari :
Mira : Lin pinjam
kasut sat..
Saya : Ambik la…
Mira : Yang mana
satu…? Biru ke…?
Saya : Aik.. Ore
mana ada kasut biru…
Mira : Nie yang
kat luar nie sape punya..
Saya : Kasut
mane…( keluar untuk melihat )… la selipar jepun ke..
Mira : Ye la org
sebut kasut..
Setiap negeri
mempunyai dialeknya yang tersendiri begitu juga dengan Pulau Pinang. Masyarakat
di Pulau Pinang menggunakan istilah kasut untuk selipar. Menurut bahasa Melayu
yang sebenar, istilah tersebut dianggap salah. Tetapi, memandangkan istilah itu
merupakan dialek, perkataan tersebut dapat diterima dan mempunyai makna
daripada segi leksikografinya.
No comments:
Post a Comment