Situasi 3 : Percampuran
Dialek
Kawan baik sangat
diperlukan dalam mengharungi cabaran sebagai seorang mahasiswa. Hidup
berseorangan tanpa kawan disekelilingi merupakan sesuatu yang membosankan untuk
saya. Oleh itu saya mempunyai beberapa orang kawan yang tinggal di kolej
kediaman yang sama dengan saya. Mereka ialah Ruza, Izzati, Mira, dan Qillah.
Ruza dan Izzati berasal dari negeri yang sama dengan saya iaitu Kelantan,
manakala Mira berasal dari Pulau Pinang dan Qillah berasal dari Johor.
Apabila bercakap kami
akan menggunakan dialek masing – masing iaitu saya dan dua orang lagi rakan
akan menggunakan dialek Kelantan manakala Mira akan menggunakan dialek Utara
dan Qillah yang berasal dari Johor tentu sekali akan menggunakan bahasa baku
sebagai bahasa pertuturan.
Walaupun menggunakan
dialek yang berbeza tapi kami masih dapat berkomunikasi dengan baik cuma kadang
kala Qillah sukar untuk memahami dialek kami. Mira dapat memahami dialek kami
kerana dialek Utara dan Kelantan hampir sama cuma terdapat sesetengah perkataan
yang berbeza dan jika perkataan tersebut tidak difahami dia akan terus bertanya
maksud perkataan tersebut.
Perbezaan dialek yang
wujud antara kami semua menyebabkan kami menjadi semakin rapat dan sering
berkongsi suka duka bersama. Kami sangat rapat hinggakan mana-mana anggota SUKSIS yang mencari kami hanya perlu menghubungi salah seorang dari kami sahaja.
No comments:
Post a Comment