Situasi 2 : “ SMS “
Saya juga menggunakan
khidmat pesanan ringkas( sms ) tetapi tidaklah seteruk sehingga sukar untuk
orang memahami kandungan mesej tersebut tetapi kini penggunaan sms sangat membimbangkan.
Contoh penggunaan sms :
"kan kt ne? kt lai wah ah. pe je g g? te we ah. cun bj bro.
cam bj ak nix ja an."
Apa agaknya
perasaan anda apabila menerima mesej sebegini melalui khidmat pesanan ringkas
(SMS) dan kadangkala mesej itu pula boleh dikatakan menggunakan 100 peratus
perkataan singkatan.Tahukah anda mesej di atas membawa maksud sebegini
"Makan kat mana? Kat gulai
kawahlah. Siapa saja pergi? Kita berdua sajalah. Cantik baju awak. Macam baju
aku ni saja kan."
Membaca SMS sebegini memang memeningkan kepala dan kadangkala
membuatkan kita jadi berang lantaran terpaksa mengamati secara teliti apa mesej
yang mahu disampaikan sehinggakan ada kalanya terasa seakan mahu saja dimaki
hamun si pengirim SMS.
Mulanya, penghantaran SMS ringkas sebegitu bertujuan menjimatkan
masa menaip perkataan panjang lebar tapi sudahnya membuatkan si penerima mesej
terpaksa meluangkan lebih banyak masa memahaminya, malah mungkin terpaksa pula
menghantar semula mesej minta si pengirim tadi menjelaskan maksudnya bukankah
ia lebih membuang masa?
Lebih menyakitkan
hati apabila SMS itu dikirim kepada orang tua yang kebiasaannya tak begitu
memahami gaya bahasa remaja kerana kerap kali suka bereksperimen dengan
penggunaan perkataan abstrak atau lenggok bahasa selanga sehingga kerap kali
mereka (orang tua) merungut "Apa benda yang dia tulis ini. Pening
aku!"
Tidak dinafikan penggunaan perkataan singkat dalam SMS adalah
satu kaedah mengurangkan penggunaan aksara dalam penulisan bagi menjimatkan
ruang dan kos kerana setiap SMS ada hadnya iaitu tidak lebih 60 karakter bagi
setiap SMS yang kebiasaannya dicaj sebanyak 10 sen bagi satu SMS.
Penggunaan bahasa sms
ini telah mula memberi pengaruh kepada pelajar dalam membuat karangan. Pelajar
– pelajar sekolah menjadi terikut – ikut untuk menggunakan bahasa sms dalam
penghasilan karangan. Oleh itu pihak yang sepatutnya perlu memikirkan cara
supaya pelajar tidak mencampur adukkan penulisan bahasa sms untuk urusan rasmi
No comments:
Post a Comment