Monday, 5 March 2012

Situasi 1




 Situasi 1 : “ Tumpang Lalu “

 Pada petang tadi, saya dan rakan pergi ke kedai di hadapan kolej kediaman kami untuk membeli makanan. Saya dan rakan membeli makanan di gerai yang menjual makanan seperti nasi kerabu, nasi lemak serta lauk – pauk. Ramai pelajar berada di kawasan berkenan. Pelbagai ragam yang dapat dilihat pada ketika itu.
Setelah selesai membeli makanan yang kami perlukan kami membayar harga makanan tersebut dan pulang tetapi laluan kami di halang oleh beberapa orang pelajar lelaki yang turut berada di gerai berkenaan. Rakan saya terus megatakan ” tumpang lalu ” kepada pelajar lelaki tersebut. Pelajar lelaki tersebut terus tersenyum dan mengizinkan kami lalu.

Ulasan:
Berdasarkan situasi di atas dapat kita lihat, terdapat penggunaan bahasa sopan yang digunakan oleh rakan saya itu, dan perkataan yang digunakan tidak menyakitkan hati pendengar jika hendak dibandingkan dengan perkataan ” tepi sikit ” yang kedengaran agak kasar dan kurang sopan. Penggunaan perkataan ” tumpang lalu ” menunjukkan kesopanan dalam berbahasa lebih terserlah. 

No comments:

Post a Comment