Situasi 11 : Senyum dan Mesra
Pada satu hari, saya telah membeli tiket untuk menaiki
LRT menuju ke rumah mak cik saya. Semasa membeli tiket, saya berurusan di
kaunter pembelian. Apa yang menyedihkan saya, penjaga kaunter tersebut langsung
tidak mempunyai nilai etika kerja yang cemerlang kerana bertindak kasar dari
segi percakapan dan perbuatan. Perbuatan orang tersebut telah membuat orang
lain berasa sakit hati dan memandang serong dengan perkhidmatan yang diberikan.
Sebagai seorang pekerja yang berhadapan dengan masyarakat, sepatutnya kita
mestilah mempamerkan muka yang manis dan berbudi bahasa supaya pelanggan akan
berasa senang dan hormat. Oleh yang demikian, jika kita tidak menunjukkan moral
yang baik kepada masyarakat, kita tidak akan dapat maju kehadapan.
No comments:
Post a Comment