Situasi 15 : Maaf
Semasa saya dan beberapa orang rakan yang
lain sedang makan di kafe Bitara Siswa ada la seorang pelajar duduk di meja
sebelah kami padahal atas kerusi dekat meja tersebut terdapat beg beberapa
orang pelajar yang terlebih dahulu menempah untuk duduk di meja tersebut dan
mungkin pelajar itu tidak perasan. Kemudian pemilik-pemilik beg yang ada kat
meja itu pun sampai dan dia berkata kepada pelajar yang berada di meja
tersebut:
Pelajar A: mintak maaf awak ni tempat kami,
kami dah letak beg dah tadi.
Pelajar B: oh ya ka, mintak maaf la saya tak
perasan pulak. Maaf ye.
Pelajar A: ok tak apa
Di sini saya ingin menekankan bahawa jika
kita melakukan kesalahan kita mestilah segera memohon maaf dan mungkin
kesalahan yang kita lakukan itu tidak disedari oleh kita. Jika kesalahan kita
itu ditegur oleh orang lain kita janganlah malu-malu untuk memohon maaf.
No comments:
Post a Comment