Situasi 14 :
Terima Kasih
Arus kemodenan
pada masa kini banyak merubah cara hidup masyarakat kita. Amalan berterima
kasih agak sukar diucapkan jika menerima sesuatu barang ataupun pertolongan
daripada seseorang. Bukti yang dapat dilihat ialah melalui sikap segelintir
pelajar yang tidak berterima kasih kepada pemandu bas. Hal ini mungkin berlaku
kerana pelajar beranggapan bahawa amalan berterima kasih merupakan satu amalan
yang membosankan kerana menaiki bas yang sama berulang-ulang kali. Namun,
sebagai masyarakat yang berbudi bahasa, amalan berterima kasih perlu diamalkan
agar kehidupan akan menjadi lebih harmoni. Tidak berat untuk mengucapkan ucapan
itu kerana hanya dituturkan dan tidak perlu di bayar.
No comments:
Post a Comment