Situasi 13 : Pendingin Hawa
Kesalahan hukum DM sudah menjadi kebiasaan
bagi kebanyakan pengguna bahasa Melayu. Hukum D-M bermaksud diterangkan
(D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan
merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur penerang pula
hadir pada kedudukan kedua. Salah satu kesalahan hukum DM yang dianggap
betul adalah penghawa dingin yang sebenarnya adalah pendingin hawa. Kebanyakan
daripada kita menganggap bahawa penghawa dingin itu adalah yang betulnya.
Kerana hawa itu merupakan unsur menerang bagi pendingin iaitu sejenis alat.
Oleh itu, perkataan pendingin mestilah berada di hadapan.
Perkara seperti ini jika
terus-terusan dibiarkan tanpa membetulkannya orang ramai akan menganggap benda
yang salah itu sebenarnya betul. ini kerana orang ramai masih tidak peka
terhadap penggunaan bahasa Melayu itu sendiri. Contohnya jika kanak-kanak
mendengar orang dewasa menyebut pendingin hawa itu sebagai penghawa dingin,
tidak hairanlah suatu hari nanti mereka akan terus menganggap perkara tersebut
adalah betul. Melalui akhbar Kosmo yang bertarikh juga saya dapat mengesan
penggunaan perkataan penghawa dingin ini:
Kerajaan Jepun meminta penduduk yang tinggal dalam lingkungan 32 kilometer dari loji nuclear. Fukushima supaya tinggal di dalam rumah, menutup semua tingkap dan berhenti menggunakan penghawa dingin sebagai langkah keselamatan.
Kerajaan Jepun meminta penduduk yang tinggal dalam lingkungan 32 kilometer dari loji nuclear. Fukushima supaya tinggal di dalam rumah, menutup semua tingkap dan berhenti menggunakan penghawa dingin sebagai langkah keselamatan.
Melalui petikan akhbar ini saya dapat lihat
bahawa penggunaan perkataan penghawa dingin telah digunakan secara meluas
berbanding perkataan pendingin hawa. Perkara seperti ini berlaku kerana
kebanyakan masyarakat menganggap penggunaan perkataan penghawa dingin itu
adalah yang sebetulnya. Antara kesalahan lain yang melibatkan kesalahan hukum
DM adalah seperti:
Salah
|
Betul
|
Cili
sos
Mini
perpustakaan
Zaleha
Restoran
Jaya
Klinik
|
Sos
cili
Perpustakaan
mini
Restoran
Zaleha
Klinik
Jaya
|
No comments:
Post a Comment