Situasi 25 : Karenah Penjual
Hari Terbuka Kolej Za’ba telah lama berakhir. Pelbagai aktiviti yang
dilakukan oleh pihak kolej dengan menjemput penceramah dan penyanyi nasyid. Saya
bersama kawan-kawan pergi untuk melihat barang yang dijual. Kami singgah di
sebuah kedai menjual pakaian. Mata saya tertacap pada sebuah blaus yang ada di
dalam kedai itu. Saya pun bertanya harga.
Saya:Baju ni berapa harga?
Penjual: RM 30 je.
Saya: RM 30?? Tak boleh kurang ke?
Penjual: Tak boleh kurang dah. Ni pun kami jual dah murah dah
ni.( Jawab dengan nada yang sombong)
Oleh kerana saya mendengar kata-kata penjual
dala m nada yang agak kasar dan sombong, saya tidak jadi untuk membeli blaus
tersebut.
Ulasan:
Menjadi seorang penjual perlu
mementingkan bahasa yang baik untuk menarik perhatian pelanggan. Bahasa
yang lembut dan menarik boleh menarik perhatian pengunjung untuk singgah
membeli. Dalam tawar menawar harga juga perlu menggunakan bahasa yang
baik. Penjual perlu lebih berdiplomasi semasa berunding harga dengan pelanggan.
Mereka tidak boleh menunjukkan riak yang sombong dan menjawab dengan nada yang
kasar setiap pertanyaan pelanggan. Mereka seharusnya mempunyai etika semasa
melakukan proses jual beli.
No comments:
Post a Comment