Situasi
26 : Bahasa Kiasan
Hari
ini saya ingin menulis mengenai bahasa kiasan. Za’ba menyatakan bahawa bahasa
kiasan adalah bahasa yang menyatakan sesuatu perkara yang mengkiaskan kepada
perkara lain sama ada dengan menyebut atau tidak bandingan antaranya. Bahasa
ini juga merupakan ungkapan pengucapan yang halus dan dapat meningkatkan imej
seseorang apabila menggunakannya. Antara contoh bahasa kiasan yang kita sering
gunakan ialah:
Kiasan
bersandar – mandi kerbau
Kiasan
terus – ayam tambatan
Kiasan
berbunga – selimut kemalasan
Kiasan
pemanis – buang air besar
Ulasan:
Secara
tidak sedar, dalam pertuturan harian kita banyak menggunakan bahasa kiasan. Hal
ini kerana bahasa kiasan lebih manis dan bersopan apabila dituturkan. Apabila
menggunakan bahasa kiasan dalam komunikasi menunjukkan bahawa nilai dalam
bahasa Melayu sangat tinggi.
No comments:
Post a Comment