Situasi
24 : Bergurau
Bergurau memang seronok. Kadang-kadang, bergurau boleh membuatkan suasana kelas yang muram menjadi ceria. Yang sepi bertukar gamat. Gurau senda jugalah yang menjadi penambah perisa dalam tautan ukhwah.
Namun,
Islam itu cukup cantik. Allah S.W.T. tidak pernah membiarkan umatNya terbiar
tanpa panduan. Al-Quran dan As-sunnah itu sentiasa ada untuk menjadi
rujukan kita. Dalam hal ini, Dr. Yusuf Qardawi ada meletakkan 5 syarat untuk
bergurau senda.
1. PERKARA YANG HENDAK
DICAKAPKAN ITU BUKANLAH SESUATU YANG BOHONG HANYA SEMATA-MATA SUPAYA MANUSIA
KETAWA.
Nabi SAW bersabda:
ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له
"Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong
supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia." (HR Ahmad dan
ad-Darimi)
Dalam berbicara, kita perlu beringat supaya tidak menokok
tambah dan berkata perkara-perkara yang tidak benar. Cuba lihat apakah kesan
media apabila tokok tambah menjadi bahan utama dalam tulisan mereka. Berita
yang tersebar menjadi sensasi. Kita pula selalunya tanpa usul periksa
menyebarkan berita-berita sebegini kepada kawan. Tetapi berita yang tersebar
itu kadangkala boleh menjadi fitnah bagi orang-orang tertentu, dan kesannya
hidup seseorang boleh menjadi hancur disebabkan fitnah. Maka, berhati-hatilah.
2. TIDAK MENGANDUNGI PENGHINAAN
TERHADAP SESEORANG MELAINKAN ORANG TERSEBUT MENGIZINKANNYA.
Firman Allah: "Hai orang-orang yang beriman. Janganlah sekumpulan
orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain. Boleh jadi yang ditertawakan
itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan
kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka
mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung
ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah
beriman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang
yang zalim. (Al-Hujurat: 11).
Nabi SAW bersabda:
بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ
"Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila
dia menghina saudaranya semuslim." (HR Muslim - sahih)
Ada masanya kita tak sedar perkara yang kita sangka hanya
satu gurauan terhadap sahabat kita, sebenarnya telah mengecilkan hati dia.
Jangan sesekali menganggap semua insan adalah seperti kita; tidak merasa
apa-apa bila diejek. Masing-masing punya perasaan tersendiri.
Jika ada kekurangan pada diri sahabat, tegurlah dengan
cara yang baik. Gurauan yang melampau boleh menjadi asbab kepada putusnya
sillaturrahim. Maka, berhati-hatilah.
3. MELAWAK YANG TIDAK
MENAKUTKAN ORANG LAIN.
Nukman bin Basyir r.a. berkata: Sesungguhnya kami bersama
Rasululah SAW di dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas
tunggangannya. Seorang lelaki lain mengambil anak panah dari busurnya dan
mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah
SAW bersabda:
لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا
"Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang
Islam." (HR Thabrani - sahih)
Nabi SAW bersabda:
لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا
"Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara
seIslamnya dengan niat melawak ataupun betul-betul." (HR Ahmad - sahih)
Gurauan yang tidak kena pada tempatnya juga adalah sangat
ditegah. Malah nabi sendiri mengharamkan kita untuk
menakut-nakutkan saudara seIslam kita. Berpada-pada lah dalam bergurau. Setiap
benda ada 'limit' kerana jika tidak memikirkan kesan gurauan yang sepatutnya,
hiburan boleh menjadi bala. Maka, berhati-hatilah.
4. JANGAN BERGURAU PADA PERKARA
YANG PERLU SERIUS.
Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya
walaupun dalam keadaan melawak.
Nabi SAW bersabda:
ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق
"Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samada
dalam keadaan melawak ataupun serius: nikah, cerai, membebaskan hamba."
(HR Abu Daud, at-Tarmizi dan Ibnu Majah - sanadnyaHasan)
Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang
ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah S.W.T.:
"Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2
suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika
mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai."(59 – 61 : an-Najm)
Perkara sebegini tidak
boleh menjadi bahan gurauan kerana ianya melibatkan hukum agama. Maka,
berhati-hatilah.
5. HENDAKLAH MELAWAK SEKADAR
PERLU DAN TIDAK BERLEBIHAN.
Nabi
SAW bersabda:
وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ
"Janganlah
kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati."
(Hr Ahmad dan Ibnu Majah – sanad hasan)
Kita
seringkali diingatkan, mereka yang banyak ketawa di dunia akan banyak menangis
di akhirat. Dan bagi mereka yang banyak menangis di dunia (kerana mengenangkan
akhirat), hidupnya di akhirat akan lebih bahagia. (Dr. Yusuf Qardawi, Feqhul
Lahwi wat Tarwih)
Siapa kata orang Islam tak boleh bergurau?
Boleh. Tapi ada caranya.
IKTIBAR KISAH RASULULLAH S.A.W.
Etika melawak dan bergelak ketawa.
Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak
dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan
seorang wanita tua.
Wanita itu berkata baginda "Doalah kepada Allah
supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga." Baginda menjawab "Wahai
ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga." Perempuan itu
balik dan menangis. Baginda saw bersabda:
أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكاراعربا أترابا
Maksudnya:
"Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke
dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman "
Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru.
Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang
sebaya dengannya." (Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)
Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat
berkata"Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami." Baginda menjawab:
نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا
Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata
melainkan perkara yang benar. (Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)
No comments:
Post a Comment