Situasi 23 : Teguran Seorang Ibu
Hari ini saya ingin berkongsi cerita mengenai
hobi yang biasa saya lakukan apabila mempunyai masa terluang. Saya sangat suka
membaca novel. Saya mula membaca novel sewaktu zaman sekolah dahulu semasa di
tingkatan 2. Pada masa itu, saya masih belum terbuka hati untuk membelinya dan
lebih suka meminjam daripada kawan-kawan. Namun, pada penghujung tahun lepas
saya mula mengumpul koleksi novel. Terlalu banyak novel yang hasilkan dan
setiap novelnya sangat menarik. Hampir setiap minggu saya membeli
novel. Jarak antara rumah dan kedai menjual novel juga agak dekat.
Daripada tiada koleksi novel, dalam masa kurang daripada sebulan saya telah
mengumpul 12 novel. Hal ini menyebabkan emak saya (saya panggil Ma) menegur
perbuatan saya. Mungkin salah saya juga kerana saya terlalu obses untuk
mengumpul koleksi novel. Macam mana emak saya tidak menegur kerana saya bukan
beli sebuah tetapi beli tiga atau empat buah novel dalam satu masa. Saya masih
lagi mengingati perbualan saya dan emak saya itu selepas saya pulang dari
kedai.
Emak: Beli novel lagi?? (tanya dengan nada
terkejut).
Saya: Alaa Ma... beli sikit
Emak: Sikit?? Dah banyak macam ni sikit lagi. Membazir duit betul budak ni! Nanti buka semester baru Ma tak nak bagi duit. Bagi duit pun bukan beli nasi tapi beli novel!
Emak: Sikit?? Dah banyak macam ni sikit lagi. Membazir duit betul budak ni! Nanti buka semester baru Ma tak nak bagi duit. Bagi duit pun bukan beli nasi tapi beli novel!
Ma Saya : Ala ma...jangan la macam tu. Kak lin janji tak beli banyak-banyak macam ni. Kalau nak beli pun sebuah je.(saya memujuk)
Ulasan:
Teguran dan ugutan daripada emak saya
menyebabkan saya tidak lagi membeli novel. Hanya sekadar beberapa novel sahaja
yang mampu saya miliki. Masih ada beberapa novel yang belum saya beli. Teguran
daripada emak saya memang tepat. Saya sebagai seorang pelajar tidak seharusnya
membazirkan duit untuk perkara yang remeh seperti ini. mungkin sebab terlalu
minat saya menjadi seperti ini. Masih banyak perkara penting yang boleh
dilakukan menggunakan duit. Saya melihat teguran emak saya sebagai perkara yang
penting. Buktinya sehingga kini iaitu hampir dua bulan lebih saya tidak
membeli sebarang novel. Pesanan terakhir daripada saya, jadikan teguran
daripada seorang emak sebagai panduan dalam menjalani kehidupan.
No comments:
Post a Comment