Thursday, 19 April 2012

Situasi 29


Situasi 29 : Sayang

Cerita ini berlaku pada tengah hari tadi ketika aku dan kawan aku pergi makan di sebuah kedai yang terletak di Bahtera Arked iaitu berhadapan Kolej Harun Aminurrashid (KHAR). Setelah penat mengelilingi deretan bangunan kedai tersebut, kami memilih untuk membeli makanan di Restoran Azizan.

Setelah memilih makanan yang kami mahu, kami beratur untuk membayar harga makanan yang diambil di kaunter. Sementara menunggu penjaga kaunter tersebut mengira harga makanan orang lain, aku memerhatikan keadaan sekeliling. Di sini memang ramai pelanggan. Pelanggan tetap dan pelanggan baru. Selepas penjaga kaunter tersebut selesai mengira harga makanan pelanggan sebelumnya, aku pun meletakkan makanan yang diambil di atas kaunter. Sebelum itu, penjaga kaunter tersebut memohon maaf kerana lambat dan terpaksa mencuri masa aku. baik sungguh bahasanya.

Sambil menekan kalkulatornya, dia memberitahu harga makanan yang aku ambil dan setelah membayarnya, dia menegur aku:

"Terima kasih sayang, maaf lambat tadi ye."

Aku terkejut namun aku tidak pula menunjukkan reaksi aku secara terang-terangan kerana sebelum ini aku pernah mendengar cerita tentang penjaga kaunter terbabit yang suka memanggil kesemua pelanggannya dengan nama "sayang"

No comments:

Post a Comment