Wednesday, 18 April 2012

Situasi 28


Situasi 28 : Bahasa Membazir

Kali pertama saya mendengar dan mengetahui tentang bahasa membazir ialah semasa bersembang bersama rakan - rakan. Saya tertanya – tanya maksud bahasa membazir tersebut. Setelah ditanya, salah seorang rakan saya menyatakan bahasa membazir ialah bahasa yang berlebihan atau lewah. 


Jika dilihat dari segi maksudnya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, membazir membawa maksud berlebih-lebihan sehingga terbuang. Manakala maksud lewah atau kelewahan pula ialah terlalu banyak hingga berlimpah-limpah atau berlebih-lebihan sehingga tertambah perkara yang tidak perlu. Berdasarkan maksud yang diperoleh, jelas menunjukkan bahawa maksud membazir hampir sama dengan maksud lewah iaitu sesuatu yang berlebih-lebihan. 


Oleh itu, bahasa membazir ialah bahasa yang tidak diperlukan tetapi digunakan secara berlebih-lebihan dalam tulisan dan juga pertuturan. Selain itu, mengikut hukum tatabahasa ayat yang dinyatakan secara berlebih-lebihan ini dianggap lewah dan tidak gramatis. 

No comments:

Post a Comment