Situasi 40 : Bahasa
Kanak – Kanak
Pada pandangan saya, bahasa yang digunakan oleh ibu kepada anak kecil
sebenarnya boleh mempengaruhi cara anak itu bercakap. Mungkin kita merasakan
bahawa hal demikian tidak penting, tetapi sebenarnya amat mempengaruhi alat
sebutan anak itu sendiri. Sedia maklum bahawa, kanak-kanak biasanya menggunakan
bahasa yang pelat untuk berkata-kata. Jadi, mereka memerlukan persekitaran yang
baik bagi membetulkan sebutan pelatnya. Ibu bapalah antara persekitaran
terdekat bagi mereka untuk belajar bercakap dengan baik. Namun, apa yang selalu
kita perhatikan ibu bapa lebih cenderung menggunakan bahasa pelat seperti
anak-anak kecil mereka untuk berkomunikasi. Antara contoh bahasa kanak-kanak
yang juga kita sebut ketika berkomunikasi dengan mereka adalah seperti ‘mamam' untuk makan, 'dodo'
untuk tidur, 'yak' untuk buang air besar dan sebagainya. Jadi, kita yang
lebih dewasa tidak perlu merendahkan taraf pertuturan kerana hanya melihat anak
tidak dapat memahami kata-kata kita yang lebih dewasa. Akibat bercakap pelat
ini sebenarnya akan menggalakkan anak kecil berterusan bercakap pelat. Video di
bawah ini sekadar tatapan untuk kalian.
No comments:
Post a Comment