Situasi 36 : Perancangan Bahasa
Strategi
Perancangan Bahasa
Perancangan
bahasa menjadi satu aktiviti penting bagi negara-negara yang ingin membentuk identiti
baru. Aktiviti ini menjadi menonjol dengan usaha Einar Haugen yang telah
membina Landsmal, sebuah dialek di Norway sehingga menjadi bahasa kebangsaan
Norway. Banyak lagi usaha sedemikian dijalankan di negara-negara lain,
lebih-lebih lagi di negara-negara yang baru mencapai kemerdekaan selepas
Peperangan Dunia Kedua. Negera-negara seperti India, Nigeria, Kenya, Zambia,
Indonesia, Filipina dan Malaysia mahu membina identiti baru selepas merdeka
daripada penjajahan Inggeris.
Sebenarnya
ini bukan satu usaha baru. Banyak negara lain yang menjalankan usaha demikian pada
zaman sebelum itu. Pengekodan tatabahasa Yunani dijalankan pada zaman kerajaan Helenistik
dan Iskandar Agung. Bahasa Sanskrit juga dikodifikasi kira-kira 2000 tahun
sebelum Masehi dengan tujuan memantapkannya supaya tidak berubah demi
kepentingan agama Hindu. Selepas Revolusi Perancis di Eropah, revolusi bahasa
berlaku di Norway, Greece, Belgium, Rumania, Hungary, dan Bulgaria. Banyak
usaha penyelarasan dan pembakuan bahasa berlaku. Selepas Peperangan Dunia
Pertama, Finland, Estonia, Latvia, Lithuania, Iceland dan Eyre juga menjalankan
perancangan terhadap bahasa masing-masing. Bahasa Rusia berkembang selepas
Revolusi Rusia. Demikian juga, bahasa Turki menggantikan aksara Arab yang
digunakannya dengan aksara Rumi dalam revolusi memodenkan bahasa Turki.
Pada tahun 1582, Duke Cosimo, selepas diyakinkan oleh para penulis, telah menubuhkan Accademica della Cusca, yang bertujuan membersihkan bahasa Itali daripada pencemaran dan mempertahankan kemurniannya. Kardina Richelieu pua di dalam usahanya memusatkan kuasa di Perancis, telah menubuhkan Acadēmie Francaise pada tahun 1653, bertujuan untuk membentuk rumusan yang lebih jelas mengenai bahasa dan tatabahasa. Institusi ini tidak merasmikan bahasa Perancis dan menyuburkannya, tetapi badan itu lebih berupa suatu simbol daripada betul-betul berkuasa. Ini dapat dilihat daripada hasilnya; sebuah kamus yang hanya terbit pada tahun 1964, dan ejaan Perancis hanya dirasmikan pada tahun 1835.
Selepas itu, Sepanyol, Sweden, dan Hungary menubuhkan akademi bahasa, masing-masing pada tahun 1713, 1739, dan 1830. Walau bagaimanapun mereka lebih memberatkan hal-hal ketepatan ejaan, samalah seperti aktiviti Acadēmie Francaise. Dan, tidaklah diketahui sejauh manakah akademi ini membantu pertumbuhan bahasa. Di negara yang tidak mempunyai akademi, ada juga kuasa individu yang wujud untuk menyelaraskan bahasa seperti yang dilakukan oleh Milton, Swift, Dryden dan Defoe untuk bahasa Inggeris dan Jerman. Adamtias Korais (1748-1863) pula, telah mencuba membentuk bahasa Yunani murni dengan menggunakan bahasa agama dan ilmu, dan menjauhkan peminjaman. Pada tahun 1814 Vuk Stefanuric Karadzic, menulis tatabahasa untuk bahasa Yugoslavia, dan pada tahun 1818 di menerbitkan sebuah kamus. Ivar Aasen, membuat perkara yang sama untuk bahasa Norway dengan menghasilkan sebuah tatabahasa pada tahun 1864 dan sebuah kamus pada tahun 1873.
Dengan usaha-usaha ini perancangan bahasa telah lahir. Manusia telah meletakkan nilai tertentu untuk bahasa dan merancangkan langkah-langkah untuk mebolehkan semua penutur menurutinya.
Pada zaman moden, dengan penduduk yang mempunyai ilmu yang bertambah, dan peringkat intelektual yang meningkat, bahasa yang baku yang mungkin tidak begitu penting untuk kesusasteraan, adalah semakin penting dan diperlukan untuk ilmu. Di Turki, Kamal Ataturk, dalam usahanya meningkatkan bahasa Turki, menukar ejaannya daripada Jawi ke Rumi, supaya ia setanding dengan bahasa lain di dunia. Di Czechoslovakia, suruhanjaya bahasa Greek dan Slovak telah giat berusaha untuk membakukan dan menyuburkan istilah. Dalam beberapa persidangan di kalangan mereka di antara 1945-50, sebuah tatabahasa, dan sebuah sistem ejaan telah dibentuk. Di semenanjung Scandinavia pula, setiap negara di semenanjung itu menubuhkan jawatankuasa istilah dalam usaha meningkatkan kerjasama kebahasaan. Seterusnya, di Israel, Jawatankuasa Bahasa Hebrew telah terus bekerja dan akhirnya ditukar menjadi sebuah akademi, dan telah berjaya merancangkan bahasa Israel moden sekarang. Daripada sebuah bahasa kuno yang mati, ia telah menjadi bahasa yang sudah hidup.

Jelas
pada kita bahawa usaha-usaha ini, dilakukan demi meningkatkan keupayaan
bahasa-bahasa tersebut supaya dapat mengungkapkan budaya ilmu yang semakin
meningkat. Ini telah dilakukan dalam usaha perancangan kebudayaan yang lebih
luas. Setiap masa ilmu dan budaya sesuatu bangsa itu berkembang dan memerlukan
bahasa yang lebih mampu dan anjal untuk menampung perkembangan budaya tersebut.
Definisi
Perancangan Bahasa
Istilah
perancangan bahasa (language planning) itu mula digunakan oleh E. Haugen (1959)
di dalam penulisannya apabila dia merancangkan bahasa Norway. Di dalam usaha
tersebut. Haugen telah mendefinisikan perancangan bahasa sebagai merangkumi
usaha-usaha yang dijalankan oleh pertubuhan atau jawatankuasa tertentu,
mencakupi segala usaha yang dijalankan oleh pertubuhan tersebut untuk
penyuburan bahasa dan melibatkan usaha-usaha pembinaan, pengubahsuaian dan
pembakuan yang dilakukan kepada sesuatu bahasa yang berkenaan.
Sebenarnya telah ramai ahli bahasa yang pernah membincangkan perancangan bahasa ini, dan ada pula di antara mereka yang menggunakan istilah yang berlainan untuk memaksudkan aktiviti yang sama. R.A. Hall Jr. (1951) telah menggunakan istilah politik bahasa (glottopolitics) yang merujuk kepada penerapan ilmu linguistik kepada penerapan ilmu linguistik kepada dasar kerajaan untuk menentukan kaedah tertentu yang dipilih untuk mewujudkan keadaan dwibahasa di dalam kawasan jajahan yang mempunyai budaya yang berbeza. G.P. Springer (1956) menggunakan istilah penjuruteraan bahasa (language engineering) dan merujuk kepada usaha pengabjadan dan pembakuan bahasa yang belum baku di Soviet. Sutan Takdir Alisjahbana (1961) juga telah menggunakan istilah ‘penjuruteraan bahasa’ untuk merujuk kepada aktiviti yang dilakukan secara sedar bagi mengembangkan bahasa di dalam konteks sosial, budaya, dan perubahan teknologi yang lebih luas. Juga, ada sarjana lain yang pernah menggunakan istilah penjuruteraan bahasa untuk merujuk kepada aktiviti yang terancangkan melalui sekolah, gereja, radio, akhbar dan juga perancangan rasmi untuk mempengaruhi penggunaan bahasa. R. Noss (1967) menggunakan istilah pembangunan bahasa (language development) dan perancangan bahasa (language planning) di dalam membincangkan keadaan penggunaan bahasa di dalam pendidikan di Asia Tenggara. Istilah perancangan bahasa telah juga digunakan oleh j. Rubin dan B.H. Jernudd (1971) untuk merujuk kepada usaha satu-satu pertubuhan yang bertujuan untuk menjalankan perubahan kepada kod-kod atau pertuturan bahasa atau kepada kedua-duanya sekali. J.A. Fishman (1968) juga telah menggunakan istilah perancangan dan pembangunan bahasa untuk merujuk kepada langkah-langkah yang dirancang untuk mencari penyelesaian kepada masalah kebahasaan yang lazimnya dilaksanakan pada peringkat kebangsaan.

Di
dalam kes bahasa Malaysia ini, istilah perancangan bahasa akan digunakan secara
umum seperti yang dimaksudkan oleh E. Haugen. Di samping itu, menurut J.V.
Neustupny (1974), pula, perancangan bahasa ini melibatkan dua aspek
perancangan, iaitu: perancangan taraf dan perancangan bahan. Perancangan taraf
adalah melibatkan segala aktiviti atau usaha yang dapat meningkatkan taraf
sesuatu bahasa tersebut. Umumnya, bahasa (Melayu) Malaysia telah diberikan
taraf sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia menurut artikel 152 Perlembagaan
Malaysia. Selepas itu banyak lagi langkah lain yang dilakukan; seperti
penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dan pentadbiran, kempen
bahasa kebangsaan, penentuan kelulusan bahasa Malaysia sebagai syarat untuk
kelulusan di dalam peperiksaan Sijil Persekolahan Malaysia, dan keperluan
kelulusan bahasa Malaysia sebagai syarat mendapat pekerjaan atau penetapan
dalam jawatan. Perancangan bahan pula melibatkan aktiviti menyusun ejaan baru
penentuan sebutan, pembentukan istilah, tatabahasa dan seterusnya. Aktiviti
demikian itu adalah perancangan bahan, iaitu dilakukan terhadap bahasa sebagai
bahan yang dirancangkan.
Kesimpulan
Proses perancangan bahasa ini adalah terbit daripada falsafah yang menganggap bahawa bahasa itu adalah lakuan manusia yang serupa dengan alat. Sesuatu alat boleh dirancangkan untuk diperbaiki, dan sesuatu alat itu boleh diperbaiki dari segi ejaannya, tatabahasanya, istilahnya, dan penggunaan bahasa itu secara umumnya untuk menjadi lebih efisien. Ini berpandukan kepada norma ideal yang telah dikenal pasti dan dikodkan. Negara Malaysia, memang terlibat secara langsung di dalam hal ini untuk lebih daripada tiga puluh tahun lalu. Sebenarnya usaha merancangkan bahasa Malaysia ini berlaku begitu pesat sekali sehingga menimbulkan banyak perubahan kepada bahasa Malaysia. Pendek kata, Malaysia terlibat di dalam semua peringkat perancangan bahasa, dan melakukan semua aktiviti yang dibincangkan di atas. Banyak kebaikan dan masalah yang turut timbul. Dalam hal ini Malaysia dapat menjadi satu model perancangan bahasa di dunia. Oleh itu proses-proses ini perlulah dicatatkan demi untuk memahami falsafah dan aktiviti yang dilakukan untuk memenuhi tujuan tersebut.

No comments:
Post a Comment