Wednesday, 25 April 2012

Situasi 33


Situasi 33 : Bahasa Alkaik

Ketika membuat rujukan untuk tugasan Kajian Manuskrip Melayu, saya terjumpa beberapa baris ayat yang ditulis pada batu Bersurat Kuala Berang Terengganu. Antara petikan tersebut ialah:

Hatta beberapa lamanya maka Sultan Malikul Mahmud pun besarlah ia, maka ialah dirajakan oleh nenenda baginda kerajaan di negeri Pasai itu.

Ulasan :

Berdasarkan petikan di atas, saya amat tertarik dengan perkataan Hatta. Sekiranya dilihat pada masa sekarang, perkataan ini sudah jarang atau tidak digunakan lagi. Perkataan ini biasanya kta temui pada teks-teks lama seperti yang terdapat pada batu Bersurat Kuala Berang ini. Perkataan Hattatergolong dalam perkataan alkaik iaitu perkataan lama yang jarang dipakai atau sudah kuno dan mati. Hakikatnya saya tidak mengetahui sebab bahasa alkaik sudah jarang diguna dan ditemui pada masa sekarang. Mungkin penggunaannya tidak gramatis dalam ayat atau mungkin juga bahasa Melayu telah mengalami perubahan seiring dengan waktu. Oleh sebab itu, bahasa ini jarang ditemui penggunaannya pada masa sekarang dan boleh dikatakan semakin pupus dan hilang dalam dunia Melayu. Pada pendapat saya, hal ini merupakan satu kerugian dalam dunia bahasa Melayu sendiri kerana telah mengabaikan bahasa yang digunakan nenek moyang pada suatu masa dahulu. Seharusnya kita mengekalkan bahasa ini agar generasi akan datang mengetaui asal-usul bahasa Melayu itu sendiri.

Tuesday, 24 April 2012

Situasi 32


Situasi 32 : Adab Makan

Semasa saya bercuti di kampung yang lalu kawan baik saya mengajak keluar bersama-sama. Kami sentiasa bertemu apabila masing-masing bercuti bagi melepaskan kerinduan setelah agak lama tidak berjumpa. Seperti biasa kami akan pergi ke kedai makan kegemaran kami berdua sejak zaman persekolahan lagi. Kedai makan tersebut sentiasa menjadi pilihan kami kerana  makanannya enak dan suasananya sesuai dengan jiwa kami. Sewaktu kami masuk ke dalam kedai tersebut, orang agak ramai dan kami memilih tempat yang hujung. Di sebelah meja kami terdapat sekumpulan remaja lelaki yang menunggu makanan tiba. Salah seorang daripada mereka mendapat makanan terlebih dahulu. 

Remaja X: Weih!Aku melantak dulu la. Aku dah kebulur tak makan sejak pagi tadi.
Remaja Y:Tunggu la dulu. Makanan kami semua tak sampai lagi. Makan sekali laa.
Remaja X: Alaa. Aku lapar sangat dah ni. Korang makan la nanti. Aku makan dulu!

Tanpa menghiraukan kawan-kawan yang lain, remaja tersebut terus makan sampai habis. Selesai menghabiskan makanannya, tanpa segan dia melepaskan sendawa yang agak kuat. Saya dan kawan saya hanya menggelengkan kepala melihat perangai tidak sopan remaja itu.
Ulasan:
Gaya makan seseorang menggambarkan peribadi orang itu. Oleh sebab itu kesopanan di meja makan dijadikan satu cara penilaian peribadi oleh masyarakat di Asia, terutamanya dalam usaha mencari bakal pasangan hidup. Disebabkan keadaan itulah kesopanan di meja makan lebih banyak diutamakan daripada kesopanan yang lain dalam pertemuan sosial. Makan bersama-sama orang lainmerupakan satu bentuk perkongsian yang amat besar ertinya untuk mewujudkan suasana bahagia semasa menikmati juadah. Hidangan yang mudah dan biasa akan menjadi lebih lazat dan menggembirakan sekiranya dinikmati dalam suasana makan yang tertib dan bersopan santun. Begitu jugalah sebaliknya, makanan yang lazat dan dihias indahtidak akan terasa nikmatnya sekiranya kita makan dengan seseorang yang tidak bersopan. Hal ini bermakna sopan santun di meja makan boleh membuka selera dan boleh mematikan selera. Masa makan adalah pertemuan sosial yang pentin. Selalunya kita berasa lebih selesa apabila makan bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan berbanding orang lain. jika kita sudah membiasakan diri agar sentiasa bersopan di meja makan, kita akan terus berasa yakin dan berselera untuk makan semeja bersama-sama sesiapa sahaja dan dalam majlis sosial di mana sahaja.

Monday, 23 April 2012

Situasi 31


Situasi 31 : Kesantunan Berbahasa

Pada minggu lepas, pembentangan tugasan drama telah dilakukan mengukit kumpulan masing – masing. Dua tema diberikan kepada setiap kumpulan sama ada tema kesantunan bahasa atau ketidaksantunan bahasa. Seperti yang diduga, kebanyakan kumpulan memilih tema ketidak santunan bahasa kerana situasi tersebut sering berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini.

Kesantunan berbahasa ialah cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.

Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.'' Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
Lihat contoh berikut:
Pak
Digunakan untuk orang lelaki yang sama sebaya dengan ayah sendiri.
Mak
Digunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak sendiri
Tok
Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek sendiri.
Abang
Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak semua sendiri.
Kakak
Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda sendiri.
Adik
Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada sendiri.

Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:
i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.
Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.
ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan
Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.
Gelaran Pergaulan Bebas :
Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.
 Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal) :
Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada sendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yang lebih tinggi pangkatnya, daripada sendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
Puan - untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi daripada sendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.
Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengan sendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dengan sendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.
Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)
 Gelaran Warisan :
Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).

Gelaran keturunan orang – orang besar :
Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan,Terengganu), Abang (Sarawak), Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)
Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku danTeungku (Aceh).
 Gelaran Kurniaan :
Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)
Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Gabungan Gelaran :
(a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji
(b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji
(c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik.
(d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik
(e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji
(f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman

17.Rujukan Hormat
Orang Yang Disapa
Rujukan Hormat
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri
Duli Yang Maha Mulia
Balu Raja
Yang Maha Mulia
Raja Muda atau Tengku Mahkota
Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia
Kerabat Diraja Karib
Yang Amat Mulia
Bergelar warisan
Yang Mulia
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri
Yang Amat Berhormat
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)
Yang Berhormat
Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja
Yang Berhormat Mulia
Tun, Toh Puan
Yang Amat Berbahagia
Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal
Yang Berbahagia
Ketua Hakim Negara
Yang Amat Arif
Ketua Polis Negara
Yang Amat Setia
Hakim, Kadi
Yang Arif
Mufti dan pemimpin Islam
Sahibul Samahah
Ketua jabatan tanpa gelaran
Yang Berusaha







Friday, 20 April 2012

Situasi 30


Situasi 30 : Bahasa & Bahasa

Kami sekumpulan ditugaskan untuk membuat kerja kumpulan mengenai tugasan yang diberikan di Rawang. Sebelum bergerak ke sana, kami berkumpul di hadapan Kolej Harun Aminurrashid (KHAR). Semasa berkumpul, kami asyik menikmati keindahan alam dan melihat pelbagai jenis burung yang unik dan cantik. Terdapat juga sejenis burung yang saya tidak pernah tengok secara langsung selama ini dapat dilihat di situ. Burung yang dimaksudkan ialah burung enggang. Semasa sedang menikmati keindahan makhluk tuhan itu, saya terdengar salah seorang kawan saya menyebut:
            “Wah, ramainya burung tu…ada lima semua. Ramainya….”

Saya dengan spontan menegurnya,
            “***, bukan ramaila…banyak!”

Tetapi mungkin kawan saya itu tidak perasan dengan teguran saya kerana terlalu asyik melihat burung-burung yang unik itu berterbangan. Sementara kawan-kawan lain yang mendengar teguran saya itu gelak kecil kerana mereka tidak pernah mendengar individu yang menggunakan perkataan ramai untuk binatang.

Ulasan :
Bagi saya yang telah biasa mendengar perkara itu berulang kali menganggapnya perkara biasa dan tidak lagi asing di telinga saya. Tapi kalau boleh biarlah kata bilangan yang digunakan sesuai dengan apa yang ingin disampaikan. Contohnya, jika ingin memberikan kata bilangan kepada burung, gunakanlah perkataan banyak dan ramai untuk manusia.


Thursday, 19 April 2012

Situasi 29


Situasi 29 : Sayang

Cerita ini berlaku pada tengah hari tadi ketika aku dan kawan aku pergi makan di sebuah kedai yang terletak di Bahtera Arked iaitu berhadapan Kolej Harun Aminurrashid (KHAR). Setelah penat mengelilingi deretan bangunan kedai tersebut, kami memilih untuk membeli makanan di Restoran Azizan.

Setelah memilih makanan yang kami mahu, kami beratur untuk membayar harga makanan yang diambil di kaunter. Sementara menunggu penjaga kaunter tersebut mengira harga makanan orang lain, aku memerhatikan keadaan sekeliling. Di sini memang ramai pelanggan. Pelanggan tetap dan pelanggan baru. Selepas penjaga kaunter tersebut selesai mengira harga makanan pelanggan sebelumnya, aku pun meletakkan makanan yang diambil di atas kaunter. Sebelum itu, penjaga kaunter tersebut memohon maaf kerana lambat dan terpaksa mencuri masa aku. baik sungguh bahasanya.

Sambil menekan kalkulatornya, dia memberitahu harga makanan yang aku ambil dan setelah membayarnya, dia menegur aku:

"Terima kasih sayang, maaf lambat tadi ye."

Aku terkejut namun aku tidak pula menunjukkan reaksi aku secara terang-terangan kerana sebelum ini aku pernah mendengar cerita tentang penjaga kaunter terbabit yang suka memanggil kesemua pelanggannya dengan nama "sayang"

Wednesday, 18 April 2012

Situasi 28


Situasi 28 : Bahasa Membazir

Kali pertama saya mendengar dan mengetahui tentang bahasa membazir ialah semasa bersembang bersama rakan - rakan. Saya tertanya – tanya maksud bahasa membazir tersebut. Setelah ditanya, salah seorang rakan saya menyatakan bahasa membazir ialah bahasa yang berlebihan atau lewah. 


Jika dilihat dari segi maksudnya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, membazir membawa maksud berlebih-lebihan sehingga terbuang. Manakala maksud lewah atau kelewahan pula ialah terlalu banyak hingga berlimpah-limpah atau berlebih-lebihan sehingga tertambah perkara yang tidak perlu. Berdasarkan maksud yang diperoleh, jelas menunjukkan bahawa maksud membazir hampir sama dengan maksud lewah iaitu sesuatu yang berlebih-lebihan. 


Oleh itu, bahasa membazir ialah bahasa yang tidak diperlukan tetapi digunakan secara berlebih-lebihan dalam tulisan dan juga pertuturan. Selain itu, mengikut hukum tatabahasa ayat yang dinyatakan secara berlebih-lebihan ini dianggap lewah dan tidak gramatis. 

Tuesday, 17 April 2012

Situasi 27


Situasi 27 : Simpulan Bahasa

Hari ini aku ke kedai makan berhampiran dengan kolej, bersama dengan 4 orang kawan. Nampaknya cuaca redup sahaja hari ini. Kemungkinan hari hendak hujan. Aku bersiap untuk ke cafe. Sebelum keluar, seorang kawanku sempat berpesan " bawalah payung, nanti hujan". Aku hanya menjawab, " tak apa, tak hujan lagi". 




Kemudian aku dan kawan – kawan berjalan menuju ke kedai. Tiba-tiba hujan mulai turun. Teringat balik akan pesanan kawanku sebentar tadi. Seorang kawanku mula bersuara " Alamak, habis la kita. Sepatutnya kita sediakan payung sebelum hujan ". Aku berlari-lari anak menuju ke tempat berteduh. " Eya la Ti, pesanan Mira tadi kita tak ambil kesah pon, padan muka kita. Kan dah basah ni, macam mencurahkan air ke daun keladi ja pesanan Mira tadi." 

Situasi ini sebenarnya berkaitan dengan penggunaan simpulan bahasa. Kadang-kadang kita tidak sedari akan penggunaan simpulan bahasa itu, keluar daripada mulut kita. Simpulan bahasa ialah mutiara bahasa dan khazanah bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Simpulan bahasa juga merupakan satu jenis peribahasa yang amat luas digunakan oleh masyarakat Melayu.